<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d17115264\x26blogName\x3dSaLLe+DeS+FeTes\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://casaheaven.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://casaheaven.blogspot.com/\x26vt\x3d3435075646706553160', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
|

Tuesday, October 11, 2005

Jom wat roommate jd giler

1. Setiap hari Jumaat, pack segala
barang ko dan
bagitau kat roommate ko nak balik kampung.
Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw
takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi
tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati"
horee... ko dah balik". lepas tu menari dlm 5 minit.
lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya
dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg"

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 " Tolong, kat
mana aku berada ni?" dan lari keliiling bilik tu.
Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia
tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko.
Besarkan bulatan tu setiap hari sambil
berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan
pokok tu setiap hari. Selepas seminggu,
bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh
hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar &
menghempaskan pintu bilik dgn kuat... Buang
pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa
buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu cakap, "Siot
betul, kalah lagi"

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan
tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn
kuat "Horee... ". bukak lampu semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat
Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan
anda... " Lepas tu buat muka kurang pandai,
sambil berkata "Eh, ko rupanya... "

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting
untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3
jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap "Eh... aku dah ingat". Lepas tu
pengsan balik.

10. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah
telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat
telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat
roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia.
Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki,
perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap
dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok
gigi dengan betul

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah
kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu,
nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak
sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah
kepada sesiapa yg menjumpai roommate ko.

13. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah
malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia
buka balik lampu, buat2 muka kurang pandai dan
confused.

14. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam.
Kalau boleh, bawa member2 sekali sambi makan
kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok
wayang.

15. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia.
Lepas tu sapukan kat seluruh dinding bilik. Bila dia
balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan
selalu sampai deodorant tu habis.

16. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan,
spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt.
Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

17. (Khas Untuk Lelaki Sahaja) Pegang & gosok-
gosok rambut roommate ko sambil
berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la...
Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat
masa dia tengah tidur.

18. Sembunyikan seluar dalam/baju dalam ko yg
telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila dia
balik, komplen yg seluar/baju dalam ko hilang.
Toksah nak ngada2 pegi cari kat lain, pegi straight
kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila
seks...

2 Comments:

  • At 8:21 PM, Blogger RaNdoMHEarTsOfArMylla said…

    jgn la buat aku jadi giler yun...sian kat aku.....heheheh...
    weekend aku balik ko cari aku gak...hihihih

     
  • At 8:52 PM, Anonymous Anonymous said…

    ekekeek.. cool.. kalau apply kat laki aku leh tak???? heheheh
    agak2 benggong tak tak lakik aku?

     

Post a Comment

<< Home

~What Are We?~

Casa Villa Extended Sahur Kopitiam Session


Featuring Macha's:



FUzzY a.k.a The Complicated life-Slut



Iris a.k.a Surti Tejo



Yun a.k.a The Japs Vulgar Version


~ArchiveS~

September 2005October 2005November 2005December 2005February 2006March 2006April 2006May 2006June 2006

without fuzz...
COme Out And PLay?...without me?
A Tribute to Dear IriS...a.k.a SUTI

~if you can't get enough of us~

RaNdoMHEarTsOfArMylla
la femme écrivain
pinky angel

~Inspired~

Social Cafe
MowMedia
SkyviewZone

~TagboarD~

Name :
Web URL :
Message :
smileys

~WhO Links To Us~

Bertique

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com